Kemudahan

Selain untuk kegunaan beribadah dan beriktikaf, bangunan ini juga menyediakan kemudahan penginapan, bilik seminar/konferen dan mesyuarah dengan kadar sewa yang terendah serta kemudahan makan-minum untuk para pengguna.

Terdapat 18 kamar musafir (ala hotel) sebagai tampat penginapan bagi mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur untuk melancong, menziarahi sanak saudara, menghadiri majlis perkahwinan, konvokesyen dan sebagainya. Kepada para peniaga, ahli korporat, badan-badan kerajaan dan separuh kerajaan serta kumpulan-kumpulan, kompleks ini sangat sesuai untuk berseminar dan bermesyuarah di dewan persidangan dan bilik mesyuarat yang lengkap dengan peralatan.

Lokasi kompleks ini amat strategik kerana terletak di Pinggir Taman Tun Dr Ismail, berhadapan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersempadan antara Kuala Lumpur - Petaling Jaya. Kemudahan-kemudahan seperti kompleks membeli belah, Pusat Pengajian Tinggi seperti Kolej Bandar Utama, Universiti Malaya dan lain-lain, juga beberapa pusat perubatan termasuk Hospital Universiti, Damansara Specialist Centre, Hospital Selayang serta lain-lain kemudahan terdapat di sekitarannya. Perjalanan dari lokasi ini ke Lapangan Terbang Subang hanya mengambil masa 10 minit, KLIA hanya 30 minit dan Pusat Bandar Kuala Lumpur hanya mengambil masa 20 minit sahaja.

Keistimewaan Masjid Al-Ghufran
1. Kamar Musafir ala Hotel
2. Dewan Persidangan dan Bilik Mesyuarat
3. Dewan Makan dan Menu Makanan
4. Lain-lain Kemudahan

 

HOME